Team Pencari hantu telah ditubuhkan pada 31/11/2012.Pada mulanya terdiri dari 2 orang sahaja iaitu Saya dan Rokku San.Dimasa akan datang In Syaa Allah akan bertambah dan diupdates masa ke semasa.Objektif T.P.H ini adalah untuk merakamkan kewujudan Mahluk Ghaib dimana antara salah satu rukun Iman ke 2 iaitu Percaya Kepada Malaikat.Bermakna kita wajib percaya kepada benda Ghaib seperti Malaikat,Iblis,Jin dan sebagainya..
Saturday, 8 December 2012
18 Sebab Kenapa Jin Merasuk Manusia
18 Sebab Kenapa Jin Merasuk Manusia
Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya”.
Biasanya jin akan merasuk kaum wanita saja dan kaum lelaki nie jarang kena rasuk jin. Kenapa pula jin nie suka sangat merasuk wanita ? Hal ini kerana, wanita suka sangat nak bersolek dan suka berpakaian yang mendedahkan aurat. Oleh itu, mudahlah para jin-jin ini untuk memikat korang dan menjadi sasaran utama golongan jin. So, wanita dekat luar sana kena ambil tahu tentang perkara ini.
Golongan jin ini bukannya merasuk secara suka-suka dan main ‘hentam’ saja nak rasuk orang. Jin nie pun pandai juga siapa yang akan menjadi mangsanya. Jin akan merasuk mereka yang tiada pendirian dan lalai dengan perintah Allah.
Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri.
Tapi kita kena ingat ada juga golongan manusia yang menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Di sini ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Terdapat beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
Dipetik dari-http://www.jomberita.com/18-sebab-kenapa-jin-merasuk-manusia/
Surah Alfatihah Bersama Terjemahannya dan Khasiatnya!
Surah al-fatihah
Terjemahan:
1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
2. Segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai[4] di hari Pembalasan[5].
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].
6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]
Maksud ayat:-
[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut nama Allah. setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih hewan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
[2] Alhamdu (segala puji). memuji orang adalah Karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-Nya Karena perbuatannya yang baik. lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah Karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
[3] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati yang Memiliki, mendidik dan Memelihara. Lafal Rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). ‘Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. Allah Pencipta semua alam-alam itu.
[4] Maalik (yang menguasai) dengan memanjangkan mim,ia berarti: pemilik. dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.
[5] Yaumiddin (hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa’ dan sebagainya.
[6] Na’budu diambil dari kata ‘ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, Karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
[7] Nasta’iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti’aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.
[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. yang dimaksud dengan ayat Ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.
[9] yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
dipetik dari http://zikrihusaini.com/surah-alfatihah/#more-913
Assalamualaikum..bersyukur ke hadrat ILAHI diberi peluang denyutan nadi bagi umatNYA untuk terus melakukan sesuatu yang B.A.I.K ----> mencari hidup BERKAT dan diREDHAI ALLAH..
Alhamdulillah, hari yang indah ..ingin berkongsi tentang PERUBATAN islam melalui surah AL-FATIHAH..
ilmu ini diambil secara bersanad...ana menerima ilmu ini dari seorang ustaz yang diberi nama ASRUL..
kosongkan minda anda kecuali jgn lupa mengingati ALLAH swt ..:))
Surah ALfatihah sbg IKHTIAR...
(ikhtiar shj..jgn terlalu mgharap krn hanya ALLAH swt yang MAHA menyembuh segala penyakit)
*usaha kita juga perlu ada..
1. dibacakan Al-fatihah sebanyak 40 kali ke dalam bekas yang berisi air sejuk (air hidup).setelah itu, air tersebut disapukan pada anggota-anggota wuduk dan anggota yang nyata sampai tangannya.
insyaALLAH akan disembuhkan ALLAH swt bagi segala penyakit.
2. Menghilangkan rasa lapar dan dahaga, dibacakan Al-Fatihah dalam satu nafas, kemudian di tiupkan ke tapak tangan seterusnya di gosokkan pada perut dan tekak.
3. Bagi penyakit lumpuh atau berkaitan urat saraf, dibacakan ALFATIHAH sebanyak 70 kali pada minyak zaitun atau kelapa.
INSYALLAH, diringankan ALLAh akan penyakitnya.
4. Penawar bagi gigitan atau sengatan binatang berbisa. dibacakan ALFATIHAH 1 kali pada biji asam jawa, kemudian di paraskan, dan diletak biji tersebut pada tempat yang disengati. Atau boleh dibacakan pada secawan air dan diletakkan sebuku garam jantan di dalamnya, dan diberi minum kepada pesakit.
insyALLAH diringankan ALLAH bagi kesakitannya.
5. Sebagai ikhtiar membuat air penerang hati, dibacakan ALFATIHAH pada sebekas air sebanyak 70 kali sehari, selama 7 hari berturut-turut. diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah pembelajaran, bebal, keras hati, Dll.
insyaALLAH dimudahkan ALLAH bagi urusan tersebut.
6. bagi ikhtiar rawatan MATA, dibacakan ALFATIHAH sebanyak 41kali pada air yang di embunkan (air yang diambil dari takungan pokok).dan air tersebut di sapukan pada mata, InsyaALLAH diterangkan ALLAH matanya.
7. Adapun faedah dan khasiat dari surah ALFATIHAH ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur(RABUN). memandang Bulan purnama (Ibarat memandang wajah RASULULLAH SAW),
apabila kelihatan akannya, hendaklan ia menyapu tangan kanannya ke mata kanan dan tangan kiri ke mata kiri dengan membaca ALFATIHAH sebanyak 10 kali.
insyaALLAH diterangkan matanya oleh ALLAH swt.
*sambungan nanti ...insyaALLAH..
banyak lagi yang nak dikongsi..
semoga ALLAH SWT melihat apa yang kita usahakan ini disamping mendekatkan diri kepadaNYA.
insyaALLAH..
jom sama-sama berubah secara DRASTIK SLOW ke arah kebaikan..:))
Dipetik dari
http://cungkilanmemori.blogspot.com/2012/02/surah-al-fatihah-sbg-ikhtiar-pengubatan.html
Fakta Mengenai Hantu !!! Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya.
Fakta Mengenai Hantu !!! Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya.
FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.
Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.
Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!
Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.
Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!
Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.
Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.
Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,? katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.
Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.
Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ?idak sihat? mampu memberikan kesan terhadap ?nimasi kehidupan? seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.
Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.
Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,? katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).
Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.
Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.
Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.
Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.
Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,? katanya.
Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.
Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.
Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,? katanya.
Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.
Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,? katanya.
Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.
Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.
Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.
Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,? katanya.
Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.
Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,? katanya.
FAKTA: Hantu dan jin
Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.
Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.
Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal? menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.
Oleh Nasron Sira Rahim
MOHD Nasron Sira bin Rahim yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor, pada 23 Disember 1981, Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) kini berkhidmat sebagai Wartawan Berita Harian sejak Mei 2005

![]() |
| Gambar Hiasan |

Asal Usul Syaitan !
ASAL USUL SYAITAN.
Secara umumnya terdapat tiga jenis makhluk yang setiap darinya memiliki asal usul ciptaan yang berbeza:
- Malaikat yang dicipta dari cahaya.
- Jin yang dicipta dari api.
- Manusia yang dicipta dari tanah.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan tentang tiga jenis makhluk ini dalam sabda baginda:
خُلِقَتْ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ.
Diciptakan malaikat dari cahaya, diciptakan jin dari nyalaan api dan diciptakan Adam (manusia)
dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian.[1]
Merujuk kepada tiga jenis makhluk di atas, yang penting untuk diketahui ialah bahan asas ciptaannya dan bukan bagaimana bahan tersebut berbentuk atau diadun. Ini kerana jika dihimpun semua ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih berkenaan asal usul malaikat, jin dan manusia, akan ditemui bahawa bahan-bahan tersebut dinyatakan dalam bentuk yang berbeza atau adunan yang berlainan.
Untuk jin umpamanya, dalam hadis di atas disebut bahawa ia dicipta dari nyalaan api. Akan tetapi dalam ayat 27 surah al-Hijr, disebut bahawa ia dicipta dari (نار السموم) “angin api yang amat panas”. Perbezaan ini sebenarnya saling melengkap dan memperinci antara satu sama lain. Yang penting untuk kita ketahui ialah bahan asas untuk ciptaan jin ialah api.
Di antara tiga makhluk ini, manusia dicipta oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala selepas Dia mencipta malaikat dan jin. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap
ke liang bulu roma (نار السموم). Dan (ingatkanlah peristiwa)
ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia
dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
[al-Hijr 15:26-28]
Dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa:
- “Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu…”, menunjukkan bahawa jin dicipta sebelum manusia.
- “…ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia…”,menunjukkan malaikat sudah sedia ada ketika Allah hendak mencipta manusia.
Setakat ini tidak ditemui nas yang sahih lagi jelas yang menerangkan antara malaikat dan jin, siapakah yang dicipta terlebih dahulu. Apabila Allah dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan ini, bererti ia bukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk kita memikirkannya atau mencari jawapanya.
Antara tiga makhluk tersebut, syaitan adalah dari jenis makhluk jin sebagaimana jelas AllahSubhanahu wa Ta'ala dalam ayat berikut:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis;
ia adalah berasal dari golongan jin.
[al-Kahf 18:50]
Dalam ayat yang lain diterangkan bahawa syaitan berasal dari api, menunjukkan mereka berasal dari jenis jin:
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu
daripada sujud ketika Aku memerintahmu?”
Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan)
jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
[al-A’raaf 7:12]
Ada pun iblis, maka ia adalah salah satu nama syaitan. Tidak ditemui petunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang pertama. Sekali lagi, apabila Allah dan dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan “Siapakah iblis?”, bererti ia adalah sesuatu yang tidak penting untuk kita mengetahuinya. Yang penting ialah kita mengetahui bahawa iblis adalah salah satu nama syaitan. Perkaitan antara iblis dan syaitan dapat dilihat pada ayat berikut, setelah iblis enggan sujud kepada Adam:
Allah berfirman (kepada iblis):
“Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,
maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua,
sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;
dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda
serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka;
dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda
dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”.
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[al-Isra’ 17:63-64]
************
Beberapa Penjelasan Tambahan.
Pertama: Syaitan bukan dari jenis Malaikat.
Sebahagian orang keliru dengan mengatakan syaitan adalah dari jenis malaikat. Mereka merujuk kepada ayat-ayat dimana Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintah para malaikat untuk sujud kepada Adam. Salah satu dari ayat tersebut:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kepada Nabi Adam.”
Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis;
ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
[al-Baqarah 2:34]
Berdasarkan ayat di atas dan lain-lain yang semaksud dengannya, mereka mendakwa iblis dan syaitan adalah dari jenis malaikat, maka kerana itulah ia dihukum kerana enggan sujud kepada Adam. Seandainya iblis dan syaitan bukan dari jenis malaikat, nescaya ia tidak akan dihukum kerana enggan sujud kepada Adam.
Kekeliruan ini dapat diluruskan dengan penjelasan bahawa dalam ayat 50 surah al-Kahf, sebagaimana yang dikemukakan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan bahawa iblis adalah dari jenis jin. Bahkan dalam ayat 12 surah al-A’raaf, Allah telah menjelaskan pengakuan iblis bahawa ia dari api, bahan asas yang sama dengan asal usul jin.
Ada pun ayat 34 surah al-Baqarah dan yang semakna dengannya, perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala yang ditujukan kepada para malaikat tidaklah bererti iblis adalah dari jenis malaikat. Ini kerana dalam kaedah bahasa Arab, apabila wujud dua kumpulan di mana satunya besar dan satu lagi kecil jumlahnya, perintah kepada kumpulan yang besar merangkumi kumpulan yang kecil juga. Pada saat itu para malaikat membentuk kumpulan yang besar manakala para jin membentuk kumpulan yang kecil. Maka apabila perintah sujud kepada Nabi Adam ‘alahissalam diseru kepada para malaikat, ia merangkumi para jin juga.
Besarnya kumpulan malaikat, atau jumlah mereka, telah digambarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai:
Langit menggeletar dan sudah sememangnya ia menggeletar.
Demi diri Muhammad yang berada di Tangan-Nya, tidak ada sejengkal ruang jua
(di langit) melainkan terdapatnya dahi malaikat yang sedang bersujud,
bertasbih kepada Allah dengan memuji-Nya.[2]
Iblis sedia mengetahui hal ini. Oleh itu apabila ditanyakan “Apakah penghalang yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku (Allah) perintahmu?”, iblis tidak menjawab “Aku tidak sujud kerana perintah hanya dituju kepada para malaikat manakala aku daripada para jin.” Sebaliknya iblis mengakui dia termasuk dalam perintah tersebut namun dia enggan sujud kerana merasakan dirinya lebih hebat. Perhatikan ayat berikut:
Kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan iblis –
ia tidak termasuk dalam golongan yang sujud.
Allah berfirman: “Apakah penghalang yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?”
Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam. Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api
sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:11-12]
Oleh itu iblis dan syaitan adalah dari jenis jin dan bukannya malaikat.
Kedua: Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah berkenaan makhluk ghaib.
Manusia terbahagi kepada tiga golongan apabila berbicara berkenaan syaitan:
- Mereka yang menafikannya, iaitu mereka yang berkata makhluk ghaib tidak wujud kerana tidak dapat dibuktikan oleh ilmu sains. Maka golongan ini menafikan kewujudan syaitan. Seterusnya mereka mendakwa bahawa yang wujud hanyalah kedudukan jiwa seseorang. Jika jiwanya mengarah kepada yang baik, maka itu adalah jiwa malaikat. Sebaliknya jika jiwanya mengarah kepada yang buruk, maka itu adalah jiwa syaitan. Maka syaitan hanyalah satu gelaran bagi manusia yang lazim berbuat jahat dan keburukan.
- Mereka yang menokok-tambahnya, iaitu mereka yang membuat-buat pelbagai cerita berkenaan makhluk ghaib sehingga membingungkan makhluk ghaib itu sendiri. Berkenaan asal-usul syaitan umpamanya, mereka membuat cerita bahawa iblis itu asalnya makhluk yang rajin beribadah selama ribuan tahun. Ada yang membuat cerita bahawa iblis ialah penjaga langit atau penjaga syurga. Banyak lagi cerita yang dibuat sehingga jika dihimpun semuanya, nescaya dapat menghasilkan sebuah buku yang tebal.
- Mereka yang berbicara tentangnya berdasarkan petunjuk wahyu, iaitu mereka yang menahan diri dari berbicara berkenaan makhluk ghaib kecuali terhadap apa yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Perkhabaran tersebut diterima sebagaimana adanya tanpa ditambah, dikurang atau diubahsuai maksudnya.
Apa yang sudah dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih adalah mencukupi. Apa yang didiamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bererti ia adalah sesuatu yang tidak menambahkan iman, tidak menguatkan ketaqwaan, tidak menegakkan agama, tidak memajukan umat dan tidak memasukkan umat ke syurga. Lebih penting, ia tidak bermanfaat untuk manusia melawan pemusuhan syaitan kepadanya.
Golongan ketiga ini berada di pertengahan antara golongan yang menafikan dan golongan yang menokok tambah. Golongan ketiga inilah yang dimaksudkan sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.
Ada pun hujuh golongan pertama, maka dijawab bahawa tidak semua perkara yang wujud di alam ini dapat dibuktikan oleh ilmu sains. Tidak boleh menafikan sesuatu perkara semata-mata kerana ilmu kita belum menjangkaui perkara tersebut. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Bahkan mereka terburu-buru mendustakan perkara yang fahaman mereka tidak dapat meliputi
segala isi pengetahuannya. [Yunus 10:39]
Bahkan ilmu itu sendiri bersifat relatif, apa yang tidak diketahui hari ini mungkin diketahui pada hari esoknya. Jika 200 tahun yang lalu kita bertanya kepada para ahli sains tentang struktur DNA yang khas bagi setiap manusia, nescaya mereka menafikannya. Ini kerana struktur DNA dalam sel-sel manusia adalah sesuatu yang “ghaib” di sisi para ahli sains 200 tahun yang lalu. Akan tetapi pada masa kini ilmu berkenaan DNA telah menjadi sesuatu yang wujud, tetap lagi luas penggunaannya.
Maka apa yang ghaib di sisi ilmu sains tidak semestinya ghaib dari alam ini. Apatah lagi ilmu berkenaan yang ghaib tersebut dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Manusia amat jauh dari menjangkauinya, maka bagaimana mungkin mereka menafikannya. Padahal ilmu Allah tidak terbanding dengan ilmu manusia:
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta),
dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis
Kalimah-kalimah (ilmu-ilmu) Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Luqman 31:27]
Ada pun golongan kedua yang menokok tambah, sebahagian dari tokok tambah tersebut ada yang mereka ambil dari riwayat-riwayat yang tidak diketahui asal-usulnya. Sebahagian lagi mereka buat sendiri untuk menghebatkan cerita dan menarik perhatian orang. Semua ini sia-sia belaka kerana apa yang bermanfaat untuk diketahui oleh manusia berkenaan syaitan telah pun dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-nya. Ia boleh didapati dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Apa yang tidak dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bererti ia adalah sesuatu yang tidak bermanfaat langsung dari sudut apa jua.[3]
Merujuk kepada riwayat-riwayat yang tidak diketahui asal-usulnya, sebahagian darinya boleh didapati dalam kitab-kitab tafsir al-Qur’an. Akan tetapi tujuan riwayat-riwayat itu dikemukakan oleh para pengarangnya bukanlah untuk dijadikan hujah, tetapi sekadar untuk menerangkan kebatilannya. Antara tokoh yang mengemukakan riwayat-riwayat itu ialah Imam Ibn Katsir rahimahullah (774H). Setelah mengemukakan riwayat-riwayat itu, beliau mengkritiknya dengan berkata:
Sehubungan dengan masalah iblis ini, banyak sekali perkataan-perkataan yang diriwayatkan dari ulama’ Salaf tetapi kebanyakannya bersumber dari nukilan-nukilan Israiliyat (kisah-kisah umat Bani Israil dan Nasrani). Hanya Allah sahajalah yang mengetahui kenyataan dari kebenaran sebahagian besarnya. Di antara berita Israiliyat itu dipastikan kedustaannya kerana bertentangan dengan pegangan yang ada pada kita. Keterangan yang terdapat di dalam al-Qur’an sudah cukup tanpa memerlukan lagi berita-berita terdahulu dari kaum Bani Israil kerana sesungguhnya berita-berita itu tidak terlepas dari penggantian, penambahan dan pengurangan.
Mereka telah menuangkan banyak hal lain ke dalam berita-berita itu, sedangkan di kalangan mereka (Bani Israil), tidak terdapat para penghafal yang benar-benar ahli, yang dengan hafalannya itu mereka dapat terhindar dari penyimpangan yang dilakukan oleh orang-orang yang berlebihan dan kepalsuan yang dilakukan orang-orang yang batil.
Gambar Hiasan
Lain halnya dengan apa yang dilakukan umat ini (Islam), mereka memiliki para imam, para ulama’, para pemimpin, orang-orang yang bertaqwa, berbakti dan yang pandai dari kalangan para cendekiawan yang tajam lagi mempunyai hafalan yang dapat diiktiraf. Mereka telah menghimpun dan mencatat hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan menjelaskan darjat sahih, hasan dan dhaifnya. Mereka menjelaskan hadis yang mungkar, maudhu’, matruk dan yang makzub. Bahkan mereka memperkenalkan orang-orang yang membuat-buat hadis palsu, orang-orang yang dusta, orang yang tidak dikenal dan sebagainya, lengkap dengan kedudukan masing-masing.
Semua itu dimaksudkan untuk memelihara keutuhan hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, penutup para Rasul dan penghulu umat manusia, agar janganlah disandarkan kepada baginda suatu kedustaan atau suatu hadis yang pada hakikatnya baginda tidak pernah menyampaikannya. Semoga Allah melimpahkan keredhaan-Nya kepada mereka dan memberi mereka pahala yang memuaskan serta menjadikan syurga Firdaus tempat menetap mereka.[4]
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Sikap menafi atau menokok tambah bukan sahaja terhadap asal usul syaitan tetapi juga terhadap ciri-cirinya. Ada pun Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, semua ciri-ciri syaitan diterima asalkan ia dikhabarkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, sekali pun sebahagian darinya agak sukar untuk dicerna oleh logik akal. Ciri-ciri tersebut akan dikupas dalam bab seterusnya insya-Allah. Sebelum itu marilah kita mengkaji asal usul permusuhan syaitan kepada manusia.
dipetik dari - http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Tipudaya/pertama.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)