Saturday, 8 December 2012

Adakah JIN Mempunyai Rupa?


Adakah JIN Mempunyai Rupa?



Bolehkah Manusia Melihat JIN?
Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t.telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).
Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.”  - (Surah Al-A’raaf: 27).
Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).
Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”
Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.
 Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.
JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.
Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko(kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.


Tahukah ANDA?
Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentukpenyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.
Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia, maka ambil segenggam tanahdan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.

 


Buer adalah Presiden Syaitan. Ia dipanggil oleh Tukang Sihir
 bila mereka mahu belajar falsafah serta logik atau mahu mengubati penyakit dengan menggunakan Herba Ajaib. Tetapi ia hanya boleh
dipanggil di waktu tertentu sahaja dan akan menjelma dalam bentuk
‘TAPAK SULAIMAN’ atau "Singa Berkaki Lima"


Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam JIN"



Terlalu Banyak Cerita Pasal JIN/Syaitan.  Padahal Adakah Ianya Benar Ataupun Tidak. Kadang-Kadang Kita Agak Kecewa Kerana Cerita-Cerita Yang Tidak Langsung Berlandaskan Kepada Akidah Sering Disajikan.

Kadangkala Sikap Orang Melayu Kita Pula Yang Sememangnya Suka Mencari Benda-Benda Yang Pelik (Untuk Kemegahan & Kehebatan) Dan Mempercayai
Roh-Roh Wali Kadangnya Terus Tersesat Didalam Mencari Yang Hak.



Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam JIN"

No comments:

Post a Comment