Saturday, 8 December 2012

Teknologi Jin Boleh Mengatasi Teknologi Manusia?








Pada 26 May 2011, beberapa orang teman sepejabat penulis telah keluar ke Pekan Nilai untuk membeli barang-barang keperluan pejabat. Setelah selesai tugas rasmi pejabat, bagi menyegarkan badan yang letih dan untuk melepaskan kehausan, mereka singgah sebentar di satu warung di tepi jalan di Pekan Nilai untuk minum cendul dan juga makan laksa.Teknologi Jin Boleh Mengatasi Teknologi Manusia?


Semasa menghadap jamuan yang telah dihidangkan dimeja, salah seorang daripada mereka teringin merakamkan satu adegan sepasang remaja (berbaju merah) yang yang berada tidak jauh daripada warung tersebut. Beliau menggunakan kamera sony erricsion touch screen.

Setelah gambar diambil dan cuba dilihat pada screen telefon, alangkah terkejutnya apabila terlihat satu bentuk lembaga wanita yang berambut panjang turut juga terakam pada screen yang sama.

Setelah melihat objek yang ganjil ini mereka bergegas semula ke pejabat untuk berkongsi cerita dengan teman-teman yang lain. Gambar-gambar ini terus disalin kedalam komputer bagi memudahkan dilihat oleh yang lain. Tanpa ragu-ragu lagi gambar objek ini jelas menunjukkan raut wajah seorang wanita yang menggerunkan.

Kalau hendak dikatakan teknologi trik kamera, teman ini bukanlah seorang yang pakar dalam bidang berkenaan. Kalau dikatakan teknologi menekap, gambar tersebut terus boleh dilihat sejurus sahaja dirakamkan oleh telefonnya. Misteri ini hanya boleh terurai apabila ada dikalangan pembaca yang dapat menunjukkan gambar yang sama daripada mana-mana punca, seperti yang berlaku satu masa dahulu, gambar yang dikatakan gambar anak derhaka tetapi sebenarnya gambar patung di sebuah muzium di Australia.
Pasukan The Seekers di Malaysia dan juga orang barat sentiasa berusaha untuk merakamkan gambar-gambar makhluk yang berada di alam ghaib. Mereka sukar mendapatkan bentuk yang jelas. Perkara-perkara yang mencarik adat memang banyak berlaku di dalam Masyarakat melayu dan juga bangsa lain di dunia ini, tetapi jarang sekali gambar-gambar daripada makhluk ghaib ini dapat dirakamkan dengan jelas.

Pada malam berikut nya, penulis sendiri dapat pula menyaksikan, satu lagi rakaman objek asing disamping janin yang berada bersama didalam rahim ibunya. Doktor berkenaan tidak dapat mengesahkan apakah objek itu sebenarnya. Katanya seperti ada tulang dan juga rambut.

Satu masa dahulu anak penulis sendiri telah dibawa berubat oleh kawannya berjumpa seorang doktor homeophaty bagi masaalah patah tulang, di Kg Batu, Batu Cave. Doktor ini memberikan harapan boleh sembuh dalam tempoh 3 minggu dengan syarat yakin. Pada minggu kedua, memang lengannya sudah terasa hampir pulih.

Bagaimanapun ketika hendak mendapatkan perlepasan pengajian satu semester, beliau dikehendaki mendapatkan pengesahan hospital kerajaan. Doktor homeophaty tersebut memberi peringatan supaya jangan bimbang sekiranya rakaman xray nanti akan kelihatan terbalik iaitu, yang masih patah akan kelihatan sudah bertemu dan tulang yang dah sembuh akan kelihatan masih patah. Penulis nasihatkan beliau supaya meneruskan rawatan yang sedang dijalankan tanpa dipasang besi oleh rawatan moden.

Bagi kita orang Islam yang beriman, harus percaya bahawa segala yang berlaku adalah dibawah kehendak dan izin Allah swt jua. Kita juga harus mempercayai bahawa iblis/syaitan akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu cicit Adam as sehingga saat sakaratul maut. Allah swt Maha Luas IlmuNya dan Maha Tinggi RahsiaNya.

وَيَوْمَ يِحْشُرُهُمْ جَمِيعاً يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُم مِّنَ الإِنسِ وَقَالَ أَوْلِيَآؤُهُم مِّنَ الإِنسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِيَ أَجَّلْتَ لَنَا قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَا إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَليمٌ


Dan (ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia", lalu berkatalah kawan-kawan meraka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (Al An'am -128)

No comments:

Post a Comment