Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengikut dan penyinggah tph-paranormal.blogspot.com yang setia.
Pada 8/12/2012 Jumaat Team T.P.H telah ke satu lokasi yang digambarkan oleh penduduk Kuang Sg Buloh sebagai salah satu tempat yang agak Anker diantara tempat-tempat lain yang pernah diberitahu.
Abang Ibrahim salah seorang pengawal keselamatan yang menjaga pencawang Maxis,Celcom,Diji,dan TM yang berada di puncak bukit tersebut telah berkhidmad disana lebih 5 tahun menceritakan kepada kami beberapa peristiwa yang ganjil melibatkan Orang-orang Bunian yang dikatakan mempunyai penempatan disitu sejak sekian lama dianggarkan ratusan tahun.
p/s- sebelum kami (Team Pencari Hantu) mengenali Abg Ibrahim dan menjalankan pencarian di Bukit Tadun,Saya bersama isteri(Eida)https://www.facebook.com/shahidashakila.samahan?fref=ts yang sedang berbadan dua 4bulan bersama anak kami Batrisyiahttps://www.facebook.com/nuruleimanbatrisyia.nurhazman?fref=ts ada singgah ke bukit tersebut pada jam lebih kurang 5pm ++ 25/11/2012 hari Ahad atas tujuan makan angin sambil berjalan-jalan.Keesokkan hari isteri saya mengadu bermimpi berjumpa dengan dua orang berpakaian jubah seba putih meminta izin untuk mengambil anak yang didalam kandungannya itu.Akan tetapi isteri saya tidak membenarkan..
Untuk pengathuan pembaca,Kami mengenali Abg Ibrahim selepas kami habis buat penggambaran di bukit tadun ketika kami ke lokasi terakhir di Tanah Perkuburan Kuang.Pada mulanya Abg Ibrahim sangka kami adalah pencuri diatas beberapa kes yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini..
Vid dibawah adalah situasi tersebut...
Oleh itu kami dari T.P.H membuat keputusan kesana untuk berbicara dengan orang bunian didalam mimpi isteri saya agar tidak menggangu keluarga saya dan mengambil anak saya.Berbekalkan iman dan ilmu pengatahuan yang ada kami meneruskan juga objektif kami kesana walaupun kumpulan kami terdiri hanya dari 3 orang sahaja iaitu saya,Rokkusan dan Ejoy dengan menunggang 2 buah motosikal dimana saya menunggang bersama Rokkusan dan Ejoy pula menunggang sendirian..
Sebelum memulakan pengembaraan kesana,kami mengambil wuduk dan setiap peserta menyapukan minyak kasturi di beberapa bahagian badan kerana dipercayai minyak ini mampu melemahkan Iblis,jin dan syaitan sekira mengjhidunya..(Untuk maklumat lanjut sila google sendiri khasiat minyak kasturi dalam kepercayaan Islam..)Setelah itu kami membaca doa dimulakan dengan bacaan Al-fatihah agar kami dilindungi sepanjang pengembaraan.
Tiba disana kami berhenti di satu persimpangan 'Y' yang membahagikan 2 jalan dimana ia boleh bertemu antara satu sama lain.Cabang sebelah kiri menghala ke sebuah pondok yang dibelakangnya adalah pencawang Diji,Celcom dan Maxis.Cabang sebelah kanan pula ke menara pencawang TM.
Pintu Masuk Bukit Tadun Kuang Sg BUloh |
Setelah parking moto kami membuat keputusan untuk ke cabang sebelah kiri dengan hanya berjalan kaki...Sebelum memulakan perjalan kami membaca Al-fatihah,Ayat Kursi dan doa agar menjadi pendinding kami sepanjang operasi dijalankan..
Kami meneruskan perjalanan sambil mencari ranting kayu yang pendek agar dapat dibawa pulang dan akan mematahkannya sebelum sampai kerumah masing-masing.Dipercayai demi menghindar daripada diikut oleh mahluk ghaib yang berniat jahat.(Ini hanyalah nasihat dari orang tua-tua yang pernah saya dengar walaupun tidak tahu mengenai kebenarannya kerana apa yang kami mampu buat adalah menggunakan sebanyak ilmu pengatahuan yang ada agar dapat menghindari dari sebarang perkara yang tidak diingini..Apa-apa hal pun kami sentiasa membaca bismillah sebelum melakukan sebarang bentuk tindakan..Agar dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagih Maha Pengasih tiada apa jua yang mustahil didalam dunia ini melainkan yang Ia kehendaki..Allhuakbar!
Dalam perjalanan saya sempat memberi salam kepada penduduk-penduduk bunian dan menyampaikan hajat kami kesana..Tidak sempat untuk menghabiskan kata-kata, saya terasa setiap langkah mula menjadi berat dan nafas juga semakin lama semakin pendek..Pada mulanya saya sangka ini adalah tempat tinggi maka ia adalah fenomena biasa..Akan tetapi langkah demi langkah diikuti nafas yang semakin pendek tambahan pula mulut saya seolah-olah dipenuhi dengan angin menyebabkan saya semakin lama semakin sukar untuk bernafas!!!Dengan tidak semena-mena semangat saya yang berkobar-kobar sebelum ini untuk meneruskan ke pondok tersebut seolah-olah telah diganggu dan saya dapat merasakan seperti ada kuasa memainkan pemikiran saya
dengan mengugut memberi tahu sekiranya saya berdegil dan meneruskan juga perjalanan sampai di pondok itu nafas saya akan habis dan saya akan mati!!!
Dalam keadaan cemas, saya terus teringat kepada Allah sambil membaca Al-fatihah,Ayat Kursi,Tiga Qul dan selawat sebanyak yang mungkin.Saya sempat memberi isyarat kepada Rokkusan dan Ejoy untuk berpatah balik kerana tidak lagi sanggup untuk meneruskan perjalanan..Setiap langkah demi langkah saya merasakan nafas yang sempit tadi semakin lama semakin pulih diikuti langkah-langkah saya yang seterusnya kebelakang..
Setelah sampai di tempat meletak motosikal semula,kami meneruskan perjalanan menghala ke cabang kanan pula,tidaklah kami jalan terlalu jauh hanya berhenti di hadapan sebatang pokok yang besar sambil saya meneruskan kata-kata saya yang tertinggal tadi akibat gangguan.Pada masa itu masih ada lagi gangguan pernafasan tetapi tidak lah seteruk di cabang jalan sebelah kiri..Akhirnya saya berjaya menyampaikan semua perkara yang ingin saya katakan mengenai hal isteri saya.Secara ringkas maksud nya sebagai ketua keluarga saya tidak mengizin perkara itu berlaku.Dan sekiranya 2 orang bunian mahupun siapa sahaja makhluk yang menyerupai didalam mimpi isteri saya itu masih ingin menggagu gugat keluarga saya dan bertujuan mendatangkan mudarat kepada saya sekeluarga,maka saya akan berdoa kepada Allah AzzawajaLLa agar menghantar tentera-tentera yang dianggotai dari kalangan Jin-Jin Islam dan Malaikat agar melindungi kami serta mendatangkan binasa kepada mahkluk-makhluk tersebut!Kerana Allah S.W.T pernah befirman bahawa doa orang-orang yang teraniaya adalah makbul..Dan saya beriman bahawa Allah tidak pernah memungkiri Janji..
(Maaf didalam vid yang bakal diuploadkan pada 13/12/2012 nanti,ketika penggambaran saya bercakap sambil tercungap-cungap dan kata-kata saya mungkin tidak tersusun serta camera lance pula tidak menghadap kedepan.)Ini adalah diatas situasi saya yang tidak stabil..In Syaa Allah saya akan perbaiki cara pengambilan vid di penggambaran misi yang seterusnya..
Setelah selesai menyampaikan hajat,saya sempat mengambil beberapa gambar di lokasi.Tiba-tiba salah satu gambar yang diambil menampakan satu kelibat seperti nyalaan api terapung di permukaan jalan tar sejauh lebih kurang 50 meter mengikut anggran saya...Lihat gambar dibawah untuk penilaian sendiri...
Adakah ia bergerak dari kanan ke kiri???Kerana kelihatan abstrak pergerakan pada entiti tersebut.Untuk pengatahuan sekiranya tangan saya yang bergerak menghasilkan absrtrak,gambar Ejoy yang berada didepan juga akan kelihatan abstrak sama seperti gambar entiti tersebut.Keempat-empat gambar adalah dari gambar yang sama,cuma saya zoom kan agar pembaca dapat melihat dengan jelas...Wallahualam...Anda nilailah sendiri dan berikan komen sekiranya anda ada penjelasan..
Selepas mengambil gambar kami terus ke lokasi seterusnya iaitu Tanah Perkuburan Kuang Sg Buloh untuk penggambaran selanjutnya.Disana berlaku lah peristiwa kami ditegur Abg Ibrahim.Habis penggambaran kami ke warong berhampiran lokasi untuk minum dan sempat berbual-bual dengan Abg Ibrahim.Alangkah terkejutnya saya apabila saya diberitahu beberapa peristiwa mengenai Bukit Tadun dan salah satunya sama dengan peristiwa yang Isteri saya lalui..
Mudah-mudahan Allah melindungi kami sekeluarga..nantikan Videonya!.Sekian...
No comments:
Post a Comment